TADIKA ILMIAH BONDA KNOWLEDGE LEARNING CENTER
Sebagai ibu bapa, saya punya impian untuk menghantar anak saya, Danial belajar di tadika yang menerapkan pendidikan agama Islam. Sejuk hati saya bila tengok anak-anak kecil mampu membaca menghafal ayat al-quran yang pendek. Suci je muka anak mereka
Dalam saya dok survey tadika Islam yang ada, saya dapat tau ada sebuah tadika Islam di Subang Bestari. Macam mana saya boleh memilih tadika ini sebagai pilihan?
Awal tahun 2016, saya pergi meninjau Tadika Ilmiah Bonda. Bangunannya di lot kedai di tingkat 2 dan 3. Kawasan tidak sibuk dan mudah parking kereta. Selepas mendapat kebenaran cikgu, saya di benarkan masuk untuk melibat persekitaran tadika. Saya dimaklumkan kawalan ketat itu bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap anak-anak murid. Lagipun hanya ibu bapa yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil anak mereka. First impression, saya rasa Danial selamat untuk belajar di sini di bawah penjagaan cikgu.
Pandangan biasa kita terhadap tadika, kita akan fikir tadika tempat belajar membaca, menulis, bermain dan makan. Tetapi apa yang menariknya di Tadika Ilmiah Bonda, sistem pembelajaran yang diterapkan berasaskan konsep "Knowledge Laearning Center " sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan.
Melalui kaedah ini, ia dapat membina rasa seronok anak-anak untuk datang ke sekolah tanpa rasa dipaksa. Tidak hanya tertumpu untuk melahirkan Junior Tahfiz semata-mata malah juga melahirkan anak-anak yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepemimpinan. Sistem ini juga telah diiktiraf oleh Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK)
Setiap kelas hanya menempatkan 15 orang murid sahaja dan bahasa perantaraan
yang digunakan di sini adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Antara modul
pembelajaran di tadika ini ialah Junior Master Chef. Sewaktu kelas Master Chef, setiap
murid akan diberikan apron dan peralatan memasak untuk digunakan di dalam sesi
pembelajaran. Ilmu Art & Craf, Junior Scienties Program dan Partikal Solat juga diterapkan sebagai silibus
tambahan aktiviti kokurikulum selain subjek sedia ada.
Bagi mereka yang berada di sekitar Subang Bestari, pihak pengurusan Tadika Ilmiah ada menyediakan pengangkutan khas untuk mengambil dan menghantar pelajar ke tadika. Kelas akan bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 petang.
Ibu bapa boleh mengambil anak-anak mereka sehingga pukul 6 petang dan anak-anak mereka akan dipantau oleh guru yang bertugas setiap hari. Caj hanya akan dikenakan jika lebih daripada waktu yang telah ditetapkan.
Ok ada berita baik, yuran pendaftaran RM220/sebulan
ditawarkan kepada 40 orang pertama yang mendaftar untuk belajar di Tadika
Ilmiah Bonda berbanding harga yuran asal iaitu RM260++/sebulan selama setahun.
Pada saya harga yuran yang ditawarkan sangat murah berbanding yuran yang ditetapkan oleh tadika private yang lain. Lebih-lebih lagi Tadika Ilmiah Bonda menyediakan prasarana, fasiliti dan sistem pembelajaran yang bagus.
Pelajar akan dihidangkan juadah makanan sihat berjadual setiap hari. Bagi pelajar yang punya masalah pemakanan atau terdapat alahan, ibu bapa juga boleh request supaya pihak pengurusan boleh sediakan makanan mengikut permintaan.
Pengambilan untuk sesi 2017 telah dibuka sekarang. Untuk sebarang pertanyaan, boleh layari atau hubungi :
.
Tadika Ilmiah Bonda,
NO 53-2 Jalan Nova K U5/K
Subang Bestari Seksyen U5,
40150 Shah Alam,
Selangor
Tel : +6017 619 4964
WhatsApp : +6017 619 4964
Facebook : https://www.facebook.com/TadikaIlmiahBonda/
No comments:
Post a Comment